Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Cerita kosong pagi sabtu
Lancerzone Forums - Lancer Grand Touring Club Malaysia > Other Interest > Mamak's Place
joe_pandan
Sabtu, 6th Nov 2010...

Awal aku bangun hari ni. Cuaca nampak bagus. Aku perhatikan anak dan isteri aku yang sedang nyenyak tidur. Aku cium dahi isteriku sambil berkata dalam bahasa inggeris "im going to teluk intan". Dalam keadaan mata terpejam dia sempat berpesan 'jangan laju sgt bawak kereta bang'. Aku hanya mengangguk dan menyarungkan selipar crocs kaler merah.

Jam G-Shock pirated menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku berhenti di kedai mamak pandan jaya. Roti telur bawang bersama kari ayam. Walaupun kurang berselera, namun aku layan saja. Perjalanan jauh, aku perlukan lebih tenaga. Dari dalam kedai ku perhatikan kereta aku yang kaler merah itu. Cantik, berkilat, gagah serta ganas. Ku amati, sekali sekala ada mulut dan mata pengunjung kedai mamak itu berbicara sambil tangan menunding ke arah kereta aku. Tengah mengutuk agaknya. Pastinya cerita tentang kedatangan sejenis spesies yang hampir sama tak lama lagi. ciss..

t*t t*t t*ts...t*ts lagi... henpon aku berbunyi. Aku menyeluk saku coderoy aku dan mengeluarkan henpon. SMS dari member mengatakan yang beliau tak dapat ikut aku ke Teluk Intan. Aku sedikit hampa kerana sia2 aku tdo awal semalam. Kalau aku tau tak jadi pasti aku join night drive selayang-goh tong-karak. Demn hati aku berbisik dalam bahasa inggeris tanda marah.

Aku masuk kereta dan terpikir ke mana hala tuju. Alang2 sudah berpakaian hensem, aku menyeluk saku lagi. Henpon dari taiwan itu aku keluarkan. Aku on kan Garmin dengan latest map yg aku download minggu lepas. Aku tak pasti kemana. Ku biarkan jari merayap di tubuh henpon itu.. Akhir sekali aku hidupkan kereta. Tali pinggang kemas disisipkan. Gear berada pada kedudukan 'D'.

Ketuk ketak ketuk...

CD changer berbunyi menukarkan CD 2. Aku pilih Track 2 dari Album Magnetic Death. Volume disetkan ke angka 29. Kepala sedikit terbanging banging. GPS menunjukkan 'Taman Bukit Maluri, Kepong'.

Aku menyusuri laluan lingkaran tengah dua. Trafic agak bagus. Sekali sekali terdengar enjin kerete mendengus seperti ingin menyuruh aku menekan pedal lebih banyak.

Aku tidak hiraukan.

Pandu perlahan pasti sampai jua. Kelihatan sekor dua bangau berdiri di atas tiang lampu ketika aku menyusuri tepi zoo negara. Kereta bersusun, ramai yang bercuti agaknya ke zoo. Aku merapati Nissan Nevara. Dia ketepi memberikan laluan kepada aku. Meter menunjukkan 130kmh. Di depan aku bertemu Estima, juga memberikan aku laluan. Pemanduan terasa bosan.

Aku menghampiri lencongan selayang-gombak / kuantan. Ketika melayan corner dengan kelajuan sederhana, aku dapati ada satria berlambang 3diamond merapati bontot kereta aku yang seksi.

Semakin rapat.

Aku biarkan.

Tetiba beliau menukar ke lane paling kiri dan dengan laju serta pantas masuk di hadapan aku. Mak ai, lubang ekzos satria itu seperti muat akan betis aku ni. Bunyi mendesup desup. Aku jadi ghairah. Aku lupa diri dan tak sedar diri. Walaupun kereta aku 100% stock dan hanya berbekalkan tuning dari Zika Motorsport, aku shifted to 4.

RPM aku biarkan di julat 4000. Aku mendekati rapat giler akan satria itu. Beliau semakin laju. Kelihatan peluh menitik dari dahi pemandu satria itu.. Tanpa disangka2, satria itu tiba2 menukar lane ke paling kiri sekali lagi. Aku terbrek.... Ada kelisa didepan ku. Demn, hati aku sekali lagi berbisik dalam bahasa inggeris. Aku tersangkut.

Kelisa itu memberi laluan, dan aku sekali lagi merapati satria tersebut. Kali ini aku takkan bagi chan. RPM pada 4300. Tetiba beliau perlahan dan menyusuri exit berhampiran gombak. Aku sempat perhatikan pemuda itu, dia seperti tersenyum kepuasan. Hmm.. biarlah...

GPS menunjukkan 8km to Taman Bukit Maluri. Tetiba aku tersentak. Aku check message henpon aku dan ternyata aku teroder barang brand yang salah. Aku cepat2 call robert kalau2 brand yg aku nak tu ada dalam simpanan. Beliau cakap sori, itu brand belum sampai. Arghhh... jiwa aku meronta. Macam mana aku boleh ke sana kalau barangnya takde. Aku tak sanggup nak keluarkan duit beli barang yang lain dari objektif aku hari ni. Aku buat pusingan U dan menghala semula ke arah bertentangan.

Hati aku kecewa, barangnya takde. Rugi petrol RON 97 aku yang sekarang ni sudah naik harganya... gear kembali ke keaadan auto. Cuba utk menjimat minyak. Aku memerhatikan lampu biru Hot Super Inazma Pocket dengan harapan, jimatkan la minyak aku yer.. kata hatiku.

Menghampiri zoo negara. Bangau tadi tak kelihatan lagi Balik makan tengah hari agaknya.

Kereta masih bersusun di entrance zoo. Aku meneruskan perjalanan. GPS aku offkan. Nak balik rumah terasa malas. Aku perlahankan kereta dan menyusuri exit Ampang. Aku meneruskan perjalanan ke Mitsubishi Showroom Ampang. Teringin benar aku nak tgk adik aku yg bernama sportsback 2.4 itu. Hajat dihati ingin test drive. Malangnya test drive unit takde. Demn sekali lagi.

Salesperson yang aku kenal tak bertugas. Aku bergegas ke basement. Kelihatan spotsback kaler putih dengan enjin yang dihidupkan. Aku membelek puas kereta itu dan hati terasa benar ingin memiliki. Apakan daya, kereta aku baru 3 bulan. Aku sempat bersembang dengan lelaki berbangsa cina yang memperkenalkan diri sebagai dealer kereta. Aku pernah bertemu dengannya sebelum ini, mungkin dia dah tak ingat aku. Aku tanya dia, berapa harga kalau aku nak trade kereta aku. Ini jawapnya;

"lu tak payah jual la ini keleta. wa munye bos pun talak kasi ambik ini keleta. tgk market macam mana dulu. lu better simpan ini keleta sebab ini keleta nanti manyak org suka. bile itu inspria (seperti yg dipronounce oleh beliau) keluar, lu nnt tgk itu keleta mesti manyak ploblem. sana koyak, itu koyak." hmm, aku tak terkata apa2.

Aku sempat singgah ke Brothers Ampang. Hanya utk cuci mata. Takde apa yang menarik perhatian. Selepas 20min, aku rasa macam dah malas, dan nak balik. Waktu aku melintas keluar dari kedai, ada sorang amoi sedang berborak dengan jurujual Brothers. Aku sempat mendengar perbualan mereka. Amoi itu berkata "nnt waja baru selupa ini macam la sambil menunjuk ke arah kereta aku". Darah aku berderau. Marah.. Muka aku jadi sangat2 masam.

Aku masuk dalam kereta. Hati terasa panas. Malas nak dengar metalica lagi. Aku menekan button FM. Channel 103.30. Volume disetkan pada 18.

Aman.

Perlahan aku menyusuri mrr2 ke arah Pandan.



Sengal!!!
DarkWRC
rajin betul ko mengarang ye bro...
best gak layan...hahaha...
akhirnya, minyak RON97 tu terbakar jua tanpa sebab yang asalnya...ke Teluk Intan...
lancer101
layan cerpen petang2 ni... keh keh keh..
azr914
punyalah panjang ko punye karangan..tp part ni paling aku minat..
QUOTE(joe_pandan @ Nov 6 2010, 03:35 PM) *
"lu tak payah jual la ini keleta. wa munye bos pun talak kasi ambik ini keleta. tgk market macam mana dulu. lu better simpan ini keleta sebab ini keleta nanti manyak org suka. bile itu inspria (seperti yg dipronounce oleh beliau) keluar, lu nnt tgk itu keleta mesti manyak ploblem. sana koyak, itu koyak."

joe_pandan
QUOTE(DarkWRC @ Nov 6 2010, 04:35 PM) *
rajin betul ko mengarang ye bro...best gak layan...hahaha...akhirnya, minyak RON97 tu terbakar jua tanpa sebab yang asalnya...ke Teluk Intan...
saje je bro.. lagipun dah lama aku tak post kat forum.. nak lepaskan tension ha...
QUOTE(lancer101 @ Nov 6 2010, 04:49 PM) *
layan cerpen petang2 ni... keh keh keh..
saje je menghiburkan kengkawan..
jaz
sekali lagi aku terbaca karangan yang menghiburkan di petang sabtu yang suam2 kuku ini.. hahahaha
ismailzainudin
cerita ari sabtu aku....kat doha ni kena keje...

"Demn hati aku berbisik dalam bahasa inggeris tanda marah." biggrin.gif
joe_pandan
QUOTE(ismailzainudin @ Nov 6 2010, 05:29 PM) *
cerita ari sabtu aku....kat doha ni kena keje...

"Demn hati aku berbisik dalam bahasa inggeris tanda marah." biggrin.gif

takpe mail, ko sampai ujung tahun ni je kan.. saba la sikit lagi..
ismailzainudin
QUOTE(joe_pandan @ Nov 6 2010, 05:40 PM) *
takpe mail, ko sampai ujung tahun ni je kan.. saba la sikit lagi..


x sempat ujung tahun...ujung bulan ni aku abis...hahahaha...
x bleh tahan...nak join AG....
joe_pandan
QUOTE(jaz @ Nov 6 2010, 05:12 PM) *
sekali lagi aku terbaca karangan yang menghiburkan di petang sabtu yang suam2 kuku ini.. hahahaha
thanks bro.. tetiba mood rajin...
QUOTE(ismailzainudin @ Nov 6 2010, 06:06 PM) *
x sempat ujung tahun...ujung bulan ni aku abis...hahahaha...x bleh tahan...nak join AG....
wow... a ah betul lah.. jumpe di AG nanti...
alxand_mitsubishi
aduh, betui betui cerita kosong...
tapi... ada salah tatbahasa :P macam la aku ni cikgu bahasa...
Zika
ahadiat akasyah tak leh cr makan oooiii, hahahha...
anugerah cerpen dapat kat ngko la joe....
mane syam lak ni???
ngko kena fight cerpen dgn joe pulak ni...
dzul7228
best thumbsup.gif
karangan yg ada class!
ada bakat terpendam

QUOTE(Zika @ Nov 6 2010, 09:45 PM) *
ahadiat akasyah tak leh cr makan oooiii, hahahha...
anugerah cerpen dapat kat ngko la joe....
mane syam lak ni???
ngko kena fight cerpen dgn joe pulak ni...

betul tu
joe_pandan
QUOTE(alxand_mitsubishi @ Nov 6 2010, 06:36 PM) *
aduh, betui betui cerita kosong...tapi... ada salah tatbahasa :P macam la aku ni cikgu bahasa...
sampai hari ni aku still tak sure nak sebut nama ko... alxand.. susoh benor... cube cerita sikit..
QUOTE(Zika @ Nov 6 2010, 09:45 PM) *
ahadiat akasyah tak leh cr makan oooiii, hahahha...anugerah cerpen dapat kat ngko la joe....mane syam lak ni???ngko kena fight cerpen dgn joe pulak ni...
siapa aksyah? siapa syam? siapa ko zika? hahahha...saje jer, aku balik rumah petang tadi lepas tak jadi g robert, agak busan. so aku buat karangan 15min..
eldiablo
bro, next time got something like this, just open a thread and we go somewhere TT together ok or not? :)

rainbow or some of the other shops easy for us to meet other members borak borak sikit....

otherwise pick a road and drive....... off the beaten path preferably.


nama alxand senang je - "al-zand" bunyi nye. correct or not alxand?
joe_pandan
QUOTE(dzul7228 @ Nov 6 2010, 10:54 PM) *
best thumbsup.gif karangan yg ada class!ada bakat terpendam
haha.. takde apa2 yg terpendam pun.. cume ekspressi sebab geram telajak sampai ke kepong..
QUOTE(eldiablo @ Nov 6 2010, 11:23 PM) *
bro, next time got something like this, just open a thread and we go somewhere TT together ok or not? :)rainbow or some of the other shops easy for us to meet other members borak borak sikit....otherwise pick a road and drive....... off the beaten path preferably.nama alxand senang je - "al-zand" bunyi nye. correct or not alxand?
i am yet to meet you bro eld.. memang ada plan nak pegi solaris, but then engaged with teluk intan thing.one day sure meet.. al-zand: sounds as zan or zen? aduh apa la susah sgt nak sebut.
pie20
Tahniah! ada bakat wt novel ni.
Jaguarah
QUOTE(eldiablo @ Nov 6 2010, 11:23 PM) *
nama alxand senang je - "al-zand" bunyi nye. correct or not alxand?


al-xand.......ale-xand.......alexander (reminds me of the movie where he was kissing xxxx)
muahahahahahaha ninja.gif
joe_pandan
QUOTE(pie20 @ Nov 6 2010, 11:46 PM) *
Tahniah! ada bakat wt novel ni.

haha..
mu dok kb ke bro? kalau aku balik sana boleh g minum.
onslaught
kalau tiap2 minggu ko karang...setahun boleh wat novel...hujung tahun masa AG kita pakat bind jual kat member2...gerenti laku...tajuk novel...kehidupan seorang lgtcian terlampau...wakakaka
joe_pandan
QUOTE(onslaught @ Nov 7 2010, 01:40 PM) *
kalau tiap2 minggu ko karang...setahun boleh wat novel...hujung tahun masa AG kita pakat bind jual kat member2...gerenti laku...tajuk novel...kehidupan seorang lgtcian terlampau...wakakaka


haha..siot je ko ons. aku belum terlampau lagi. hehe. mana bley tiap2 minggu, sebulan sekali bley la. saja je menulis supaya member semua enjoy dan lupa kejap pasal inspria tuh...
onslaught
QUOTE(joe_pandan @ Nov 7 2010, 01:54 PM) *
haha..siot je ko ons. aku belum terlampau lagi. hehe. mana bley tiap2 minggu, sebulan sekali bley la. saja je menulis supaya member semua enjoy dan lupa kejap pasal inspria tuh...


hahaha...kalau boleh test sporback tu konpem cerita ni jadi lebih menarik...hehehehe...2.4 tu...jumpa satria tu balik kasi makan asap skit...kekekeke...
alxand_mitsubishi
patut la saya asyik ahchoo je... kena kutuk....


namenye alxand, alexander tanpa E tanpa R...
Al Xand... Al macam L, Xand macam Xand dalan alexander
joe_pandan
QUOTE(onslaught @ Nov 7 2010, 01:59 PM) *
hahaha...kalau boleh test sporback tu konpem cerita ni jadi lebih menarik...hehehehe...2.4 tu...jumpa satria tu balik kasi makan asap skit...kekekeke...
takpe bro, once dpt test 2.4 tu, aku buat another write up. haha..
QUOTE(alxand_mitsubishi @ Nov 7 2010, 02:29 PM) *
patut la saya asyik ahchoo je... kena kutuk....namenye alxand, alexander tanpa E tanpa R...Al Xand... Al macam L, Xand macam Xand dalan alexander
haha. memang patut ko achoo pun sbb susah sgt nama ko.. so bro alexzen, is this ur real name?
alxand_mitsubishi
A Punjabi lawyer working in UK wrote to his wife in India...



Dear Sunita Darling,

I can't send you my salary this month because the global market crisis has affected my Company's performance, so I am sending 100 kisses. You are my sweetheart, please adjust.




Your loving husband,
Tuna Singh





--------------------------------------------------------------------------------



His wife replied...




TINKU KE PAPPA ,

Thanks for the 100 kisses. Below is the list of expenses I paid with the Kisses...:

1. The Milk man agreed on 2 kisses for one month's milk.

2. The electricity man, Kooldip Singh, agreed not to disconnect only after 7 kisses.

3. Your landlord Kapal Singh comes every day to take 2 or 3 kisses instead of the monthly rent.

4. Supermarket owner Jaswant Singh did not accept kisses only, so I gave him other items, I hope you understand..

5. Miscellaneous expenses 40 kisses.

Please don't worry about me, I still have a balance of 35 kisses and I hope I can survive the month using this balance...
Shall I plan the same for the next month?

Your Sweet Heart,
Kichi

joe_pandan
Have read it before.. funny anyway!
aki
hahahahaha ... joe ... terbaek ...... keh keh ....
joe_pandan
QUOTE(aki @ Nov 8 2010, 01:55 PM) *
hahahahaha ... joe ... terbaek ...... keh keh ....


layan je aki... sekali sekala buat karangan.. last buat karangan waktu spm. haha
h8dementia
hahaha... ade saje karangan ko bro joe.. aku mula2 excited gk kt part 2.4 tu.. tp apakan daya xdpt test la plak..

btw... menyemak jp kt sini.. sape2 geng2 eastern nk join AG.. klo bleh nk konvoi skali... pm2 la ye.. biggrin.gif
joe_pandan
QUOTE(h8dementia @ Nov 8 2010, 02:40 PM) *
hahaha... ade saje karangan ko bro joe.. aku mula2 excited gk kt part 2.4 tu.. tp apakan daya xdpt test la plak..

btw... menyemak jp kt sini.. sape2 geng2 eastern nk join AG.. klo bleh nk konvoi skali... pm2 la ye.. biggrin.gif

tu la pasal... sabar je la.. this week aku try lagi.. dapat test kalau aku report...

awalnya bincang konvoi AG.. ? tak ke?
Buttercup
bravo bro..menghiburkan baca ur essay ni...gelak sorang2 akak kat opis ni.. biggrin.gif

u too al-xand... the story really funny!!!
joe_pandan
QUOTE(Buttercup @ Nov 9 2010, 09:29 AM) *
bravo bro..menghiburkan baca ur essay ni...gelak sorang2 akak kat opis ni.. biggrin.gif

u too al-xand... the story really funny!!!


jgn gelak sorang2 akak.. nnt org kata sewel.. ajak bos gelak sama. haha
borghans
ko rajin karang aku suggest kt KOSMO bg ruangan utuk ko 'Bersama Abg Joe' hahhahahaha...
h8dementia
QUOTE(joe_pandan @ Nov 8 2010, 03:07 PM) *
tu la pasal... sabar je la.. this week aku try lagi.. dapat test kalau aku report...

awalnya bincang konvoi AG.. ? tak ke?


ape yg x ni joe?.. headache.gif

QUOTE(borghans @ Nov 9 2010, 05:23 PM) *
ko rajin karang aku suggest kt KOSMO bg ruangan utuk ko 'Bersama Abg Joe' hahhahahaha...


yg ni aku setuju... hahahaha doh.gif
joe_pandan
QUOTE(borghans @ Nov 9 2010, 05:23 PM) *
ko rajin karang aku suggest kt KOSMO bg ruangan utuk ko 'Bersama Abg Joe' hahhahahaha...
Kosmo? aku buat karangan ni utk ko la bob... special punyer..
QUOTE(h8dementia @ Nov 9 2010, 08:27 PM) *
ape yg x ni joe?.. headache.gif
maksud aku awalnye thread utk konvoi AG plan tu.. tak ke tu maksudnye tak awal sgt ker... hahaha.. amende la soalan ko ni...
alxand_mitsubishi
bro sekalian, ni lagi gambar panas... yang orang share kat FB i... celaka betul....

malaysia boleh??? CHINA LAGI BOLEH.....

















Jaguarah
alxand, pic too small la can't see a d*mn thing
got bigger version ar? blush.gif
Gene
hari ini baru dapat baca karangan abang joe ni, best nya, memang menghiburkan, macam blogger boy ni... tongue.gif
khusyairi
QUOTE(alxand_mitsubishi @ Nov 10 2010, 05:06 AM) *
bro sekalian, ni lagi gambar panas... yang orang share kat FB i... celaka betul....

malaysia boleh??? CHINA LAGI BOLEH.....


Kabur... kabur... Xnampak. Kecik sangat.
Syam
Joe! Kau the Best! 6654.gif biggrin.gif

joe_pandan
QUOTE(Gene @ Nov 10 2010, 01:44 PM) *
hari ini baru dapat baca karangan abang joe ni, best nya, memang menghiburkan, macam blogger boy ni... tongue.gif
Hi gene... dulu blogger... skarang layan lancerzone saja.. haha.. anyway thankx
QUOTE(Syam @ Nov 10 2010, 03:16 PM) *
Joe! Kau the Best! 6654.gif biggrin.gif
ishk... mana ada best.. ko lagi best! heh
alxand_mitsubishi
ok, gambar besar :)

apa apa saja...

vegeterian ke?

pengimport, kat sarawak, tapi kastam boleh luluskan???
joe_pandan
QUOTE(alxand_mitsubishi @ Nov 10 2010, 08:26 PM) *
ok, gambar besar :)

apa apa saja...

vegeterian ke?

pengimport, kat sarawak, tapi kastam boleh luluskan???


baru la nampak gambar nie... siap ada tanda halal tue... giler lah...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.