QUOTE(weitak83 @ Jan 23 2011, 06:31 PM)

parts of d death on d road each year bcoz of national cars...
thumbs up 4 our G
walauweh...national cars ke? maybe when install this airbag thingy...we can bring the figure down...and bring the price up...due to added safety featured...and finger crossed next batch of
inspira LANCER gonna have all those 7 airbags that were somehow missing when shipped to our country...
Beg udara hanya sesuai untuk kereta salon baru: Kong
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata pemasangan beg udara hanya sesuai bagi kereta salon baru yang dikeluarkan di Malaysia pada tahun depan.
Katanya, tidak seperti pemasangan tali pinggang keledar, pemasangan beg udara mestilah dibuat ketika kereta itu dibuat dan memasangnya di kereta lama adalah tidak praktikal.
Kong berkata, menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia (MIROS) beg udara itu sesuai untuk kereta salon dan bukan kenderaan jenis lain seperti lori dan bas serta sesetengah pacuan empat roda kerana ketinggian, tempat duduk dan reka bentuk adalah berlainan.
Beliau berkata, kajian MIROS juga menunjukkan beg udara membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kemungkinan mengalami kecederaan serius dan kemalangan jalan dan tidak mengurangkan kadar kemalangan.
"Kita tidak dapat elak sebarang kemalangan kerana banyak sebab yang menyumbang pada punca kemalangan, tetapi apa yang kita boleh buat ialah untuk mengurangkan kecederaan dan kemungkinan menjadi sebab kematian," katanya.
Kong berkata, lebih 50 peratus kereta yang dikeluarkan PROTON dan PERODUA juga sudah dipasang dengan beg udara.
"Ia juga menunjukkan bahawa kereta yang dipasang dengan beg udara diterima dengan baik oleh pengguna," katanya sambil menambah bahawa pembuat kereta kini mengkaji untuk menyediakannya pada semua kereta mereka.
Kong berkata, walaupun harga kereta yang dipasang dengan beg udara adalah lebih mahal, keselamatan pengguna kereta adalah lebih penting dan nyawa tidak dapat dinilaikan.
"Pembuat juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membantu kerajaan mengurangkan kadar kematian dan kecederaan dalam kemalangan jalan. Mereka akan mengenakan bayaran minimum bagi keretanya yang dipasang dengan beg udara," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles...ru_Kong/Article