Bro...the drug is not 'Tammy Flu'......it's called 'Tamiflu or oseltamivir'
The drug only been given to patient who are admitted to the hospital only.
We have major problem in HUSM where I work, the detection kit has ran out! Hoping to get it sooner........and public need to understand also.....not all patient we do the throat swab......only for the high risk patient........lot of patient angry when we decline the throat swab.
so the high risk group are:
1.Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2.Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3.Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
4.Wanita mengandung
5.Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit
kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
6.Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
7.Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
some interesting info:
Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
->Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).
Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
->Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.
Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
->Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
->Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
->Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.
Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
->Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.
Kindly visit
http://h1n1.moh.gov.my for more info.......let us together fight this deadly virus.